KACHINGG $$$$

Friday, 9 December 2011

TERJEBAK...

Dek kerana Filem Ombak Rindu ... aku pun leh terjebak ngan pembacaan novel ni.. mmg hobi ini lama dah aku tinggalkan sejak time aku belajar2 dulu..... kali ni kena bukak kamus balik le nampaknyer aku... hahah seronok gak.. kekadang sampai ketawa+sedih+geram+nyampah sendri.. mmg mengasyikkan, sampai somi nek pening ... nasib le dpt isteri camni.. tpi yg tak tahan tu siap perli lagi..'Yang, kalau Yang baca buku sirah-sirah nabi kan ada pekdahnyer.. betul tak Yang... adoila ...SENTAP MAK TAU....' yang aku cam biasa le wat2 tak dengar ... malas nak berdebat dengan somi, kang panjang citenyer... silap2 aku yg wat novel lak... hahahah.. merepek aje .. saya sebenarnyer nak kongsikan novel yg baru saya abis ni.. bes citer dia.. worth it buang masa.. kena perli dan x lupa gak buang duit ..... Sinopsis ni saya amik dari tahu sumbat ekk.. malas nak taip pjg2..

Nia Atirah yang berkelulusan U terpaksa berkahwin dengan Zaril Ikhwan (mengantikan adiknyer ani... yg sepatutunyer mengahwini zaril ikhwan tetapi melarikan diri) untuk melangsaikan hutang ayahnya dan menebus tanah yang telah digadaikan oleh ayahnya. Puan Zainun iaitu nenek Zaril telah meletakkan syarat akan melangsaikan semua hutang dan menebus tanah pusaka jika Nia sanggup berkahwin dengan cucunya yang lumpuh akibat kemalangan.
Nia terpaksa terima Qada’ dan Qadar walaupun cita-citanya terpaksa dilupakan. Sepanjang Nia menjaga Zaril, Zaril ibarat kayu kerana tidak pernah menghiraukan Nia ibarat di dunianya sendiri. Akhirnya Zaril dapat dipulihkan berkat usaha Nia dan melayari bahtera sebagai suami dan isteri. Ajal pertemuan di tangan Tuhan…Nia membawa diri ke bumi Turin akibat salah faham.
Bertahun2 dia membawa diri dan mempunyai seorang anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama Zaril. Zaril tidak mengetahui bahawa dia mempunyai seorang anak. Pertemuan semula Zaril dan Nia apabila Zaril ke Turin atas urusan kerja. Zaril dan Nia saling mencintai tetapi penuh dengan dendam dan benci. Berlakulah perebutan hak penjagaan anak apabila Zaril mengetahui mengenai anak lelakinya.
Nia tahu bahawa kemenangan akan berpihak kepada Zaril kerana kekayaan yang dimiliki. Tanpa pengetahuan Nia, Zaril menuntut hak itu untuk memastikan bahawa Nia sentiasa akan bersamanya. Dalam konflik yang nia hadapi, dia disahkan mengandung anak kedua Zaril. Pada Nia, Zaril terlalu kejam terhadap dia dan anaknya kerana hendak memisahkan mereka tetapi tidak pada Zaril.
Hepy ending…Zaril menerangkan perkara sebenar dan mengajak Nia pulang ke Malaysia bersama ...
PSST: WAH ROMANTIKNYER...... HAHAHAHH..... PERASAN LE AKU NI.. DAH KAWIN PUN TPI MASIH LAGI OBERAKTING.... KUANG..KUANG ..KUANG...


KENGKAWAN YG DI ALAM SIBER SANA.. ADA TAK LAGI NOVBL2 YG MENARIK2 LEH LE INFO2 SKET EKKK..... TENGAH CARI NOVEL M.A.I.D DAN AD + IZ.... X SABAR NAK MEMBACANYER... (PSSTT: BKN AKU BELI EKK... MENGHASUT ADIK YG MMG KAKI NOVEL... LEH LE AKAK DIA YG KIUT NI MENUMPANG).....

No comments :

Post a Comment

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI