KACHINGG $$$$

Thursday, 22 December 2011

Talam Jagung

Resepi ni dapat masa saya belajo kat kelas talam aritu, sedap dan manis gitu2 aje, mmg berbaloi cuba talam ni ...


TALAM JAGUNG 


bahan bawah:

1 cawan krim jagung
1 3/4cawan tepung beras
2 sudu tepung ubi
6 sudu besar gula
3  cawan santan
sedikit garam


bahan atas:

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan  besar gula pasir/ ikut manis sendiri la ekk 
3 cawan santan

sedikit garam


cara-cara

kacau bahan bawah kesemua atas api dan bila dah agak likat (jgn likat sgt nanti berketul2) tutup api dan masukkan adunan tadi kedalam talam kemudian kukus sehingga masak. Bila adunan bawah sudah masak sediakan adunan atas, sama aje langkah nyer masukkan suma bahan dan kaco atas api hingga agak likat kemudian tuangkan atas adunan bawah yang telah masak dan kukus lagi sehingga masak. Ok dah siap dan bleh le kita makan untuk sarapan atau makan petang....mudah kan ...







No comments :

Post a Comment

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI