KACHINGG $$$$

Wednesday, 14 December 2011

Mac & cheese

 Hari ni bekfas makan Mac & Cheese, atas permintaan anak2, ye le lama dah umi mika tak watkan untuk mika.. kalau Mac&Cheese ni mmg laju bebudak ni makan ... Alhamdullilah, tapi masalah ibunyer... alamatnyer makin banyak le lemak2 yg diternakkan dalam badan ni...ape pun le mmg mabeles le di tambah lak ngan button mushroom mmg menaikkan selera betul ....

Bahan2

1 paket pasta
1 tin susu cair/ susu segar 
1/2 cawan air
4 keping cheese 
bawang untuk menumis
sedikit cendawan button yg di cincang
Sedikit Oreganu
Sedikit Garam 
1 ketul kiub ayam
1 sudu besar Potato starch atau tepung gandum pun bleh
Minyak untuk menumis

cara2nya 
1. Tumis bawang, bila dah naik bau masukkan cendawan dah layu, masukkan susu cair/susu segar.
2. Kemudian masukkan cheese, Cheese dah mencair, masukkan Kiub ayam dan Garam (jgn letak byk sgt garam sbb kiub tu pun dah masin) dan jgn lupa masukkan juga Oregano.
3. Kacau dan agak2 hendak mengelegak masukkan tepung kena sentiasa kacau kalau tidak tepung  akan berketul ..  masukkan air sedikit sedikit tapi agak2 le pekatan kuahnyer yer... ikut kesukaan sendiri ekk..
4. Bila dah mengelegak dan kuah pun dah pekat masukkan Pasta, Kacau hingga sekata.. dan siap untuk dimakan 
**** Grated kan cheese dan taburkan oregano untuk hiasan pada Mac & Cheese tadi.*****

2 comments :

  1. macam best je nih..bole cuba buat juga

    hmm..banyak resepi dlm blog ni yg bole digunakan..best3

    ReplyDelete
  2. thumbsup..anak2 kalau dpt pasta with cheese terus tido kekenyangan

    ReplyDelete

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI