KACHINGG $$$$

Wednesday, 10 August 2011

PEMBUATAN KEK



Kek adalah salah satu produk makan yang tidak asing lagi bagi semua. Kek adalah merupakan adunan yang dibakar atau dikukus dan bahan-bahan asas yang digunakan hanyalah tepung, gula, lemak dan telur. Walaubagaimanapun dengan peredaran masa yang pantas dan teknologi yang terkini, pembuatan kek juga tidak terlepas dari pada mengalami inovasinyer tersendiri. Dengan bahan-bahan baru yang berada di pasaran, membuat kek kini menjadi lebih mudah dan senang untuk dipraktiskan dan pada masa yang sama kualiti kek masih dikekalkan.

Bahan Utama
Tepung, Gula, Lemak dan Telur

Fungsi dan Keguanaan Bahan-bahan utama
1. Tepung
a) Tepung merupakan bahan utama dan penting sekali dalam penghasilan kek. Tepung memberikan struktur asas yang mengikat semua bahan-bahan lain bersama.
b) Pemiilihan tepung bagi penghasilan kek haruslah menggunakan tepung yang kandungan proteinnyer rendah seperti tepung gandum, tepung kek, tepung serbaguna dan tepung naik sendiri.
c) Pilihan tepung yang halus (berprotien rendah) adalah yang terbaik kerana ia menyerapkan lemak atau minyak dan menjadikan kek lebih lembut dan sedap dimakan.
d) Tepung yang kasar (berprotein tinggi) tidak sesuai digunakan kerana ia memberikan tekstur kek yang kasar.
e) Tepung hendaklah diayak terlebih dahulu agar udara dapat masuk de dalam tepung dan untuk mengelakkan dari ketulan-ketulan yang tidak diinginin seperti kutu tepung.

2. Gula
a) Gula dijadikan sebagai agen pemanis dan pelembut kek. gula kastor merupakan pilihan yang terbaik kerana ia cepat larut dalam adunan yang sedang di bakar .
b) Gula icing tidak boleh digunakan sebagai pengganti gula kastor kerana terdapat kandungan tepung jagung didalam gula icing.
c) Gula mengurangkan karamelisa batter yang membolehkan kerak kek bewarna pada suhu yang lebih rendah dan membantu dalam mengekalkan kelembapan kek tersebut.

3. Lemak
a) Lemak membantu dalam membawakan udara yang dimasukkan ke dalam batter kek ketika menggaul.
b) Lemak juga bertindak sebagai agen pelembut kepada kek.
c) Lemak yang sesuai digunakan adalah mentega dan marjerin. namun mentega memberi rasa yang lebih sedap dan tekstur kek akan lebih baik.

4. Telur 
a) Telur bertindak dengan memberikan struktur, kelembapan, warna dan rasa kepada kek.
b) Telur yang baik dan berkualiti bergantung kepada keadaan dan mutu telur yang digunakan samada masih baru atau telur yang telah lama.
c) Telur boleh digunakan untuk mengimbangi mutu tepung dan telur juga bertindak sebagai agen penaik kepada kek yang dihasilkan.

Bahan-bahan lain


Selain bahan-bahan asas yang dinyatakan, bahan-bahan sampingan juga diperlukan untuk menghasilkan kek yang lebih berkualiti dan tahan lebih lama.

Antara bahan-bahan sampingan yang digunakan adalah :-


1. Agen Penaik (Baking powder dan soda bicarbonate)
2. Cecair (air/susu/minyak)
3. Bahan penstabil Kek (ovalette/Quick 75)
4. Garam
5. Perasa (Golden syrup, glucose, sorbitol,glyserine)





No comments :

Post a Comment

MAI LE KLIK RAMAI-RAMAI